Tuesday, September 11, 2018

Happy Hour For 12/09/2018


Dapatkan promo Happy Hour EXTRA hari ni! 5GB+1GB yang boleh dikongsi @ RM30 SAHAJA! Promo sah pada 12/9/18. Balas YES untuk membeli!

Ingin tahu lebih lanjut? Saya sedia membantu

Apa yang anda perlu tahu



SOALAN : Pelan Onexox BLACK yg abam cerita ni ada SST ke? Banyak lah SST saya kena bayar nanti? Makin mahal lah bulanan saya nanti kan? Kenapa BLACK kena SST? Bukan ni prepaid ke?

JAWAPAN :
Pelan Onexox BLACK ialah satu pelan yang mudah. Ya memang ada SST kerana ianya komitmen bulanan, kita sebagai user akan membayar mengikut pelan BLACK diambil.

Caj SST hanya dikira atas pelan sahaja ya. Cth seperti di bawah:

PELAN   KOMITMEN  SST     JUMLAH
BLACK   BULANAN     6%      PERLU    
                                                  DIBAYAR
=====    =========  =====  ========
B10        RM10        RM0.60   RM10.60
B39        RM39        RM2.34   RM41.34
B59        RM59        RM3.54   RM62.54
B89        RM89        RM5.34   RM94.34
B149     RM149      RM8.94   RM157.94

Tapi ini bukan seperti telco2 lain di luar, caj SST dikenakan atas semua kegunaan POSTPAID yg diambil oleh user termasuk apa2 tambahan data, call & sms.

So Onexox BLACK, caj SST hanya dikira atas pelan BLACK sahaja ya😎. Tambahan setiap nilai caj SST yg dibayar oleh user, rebet/rebate dipulangkan dalam bentuk freebies iaitu digantikan dgn minit call. Ianya akan diberikan sejurus kitaran bil kita tiba. Cth seperti di bawah:

PELAN  KUOTA       REBET        JUMLAH
BLACK  MINIT         SST DLM   MINIT    
              BULANAN   MINIT       DITERIMA            
=====  ========   =======    ======
B10          20                4               24
B39          50               16              66
B59          100             24            124
B89          200             36            236
B149        300             60            360

Bila tiba kitaran bil kita, sistem akan menolak / mengambil kredit yang ada untuk memperbaharui pelan BLACK termasuk SST dan kuota diberikan untuk bulan baru tersebut ditambah freebies minit mengikut pelan BLACK diambil.

Manakala setiap langganan pakej Season Pass / Add On / Happy Hour tiada caj SST ya. Semua topup yg menjadi kredit / advance credit pun tiada caj SST dikenakan. Ingat semua data, minit termasuk freebies minit dibawa ke depan jika tak habis. So tiada pembaziran.😎

Dengan komitmen bulanan RM10.60, hanya pastikan kredit cukup bernilai RM30 atau RM50, belian Happy Hour lebih berbaloi dan ingat di Onexox, pelan BLACK semua data, minit dibawa ke depan jika tak habis. So tiada pembaziran.😎

| BELI ▪ GUNA ▪ SIMPAN ▪ KONGSI |

Nak tahu cara di atas? Saya sedia membantu


ONEXOX — Tempoh Sah Prabayar Terpanjang di Malaysia


ONEXOX merupakan telco pertama di Malaysia yang menawarkan secara PERCUMA 'validity' atau tempoh sah kredit yang panjang dengan permulaan 28 bulan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Bagaimana nak dapatkan tempoh sah 28 bulan bagi pengguna baru? Hanya dengan 3 cara mudah! Boleh pilih salah satu cara.

Cara Dapatkan 28 Bulan Tempoh Aktif Simkad ONEXOX

  1. Beli pakej Season Pass FAT dalam masa 10 hari selepas pengaktifan.
  2. MNP ke ONEXOX — Tukar / pindah dari mana-mana telco.
  3. Topup terkumpul berjumlah RM50 dalam masa 30 hari selepas pengaktifan.
Cara paling mudah adalah dengan cara MNP (Mobile Number Portability). Tukar saja ke ONEXOX dari telco lama anda dengan membeli simkad MNP berharga RM10. Anda layak mendapat Tempoh Sah 28 Bulan PERCUMA tanpa sebarang syarat tambahan.

Dapatkan simkad ONEXOX sekarang !!!

Topup Prepaid ONEXOX


Anda boleh DAPATKAN Topup / Reload prepaid ONEXOX ini di semua wakil ePay seperti yang tertera pada gambar.


Contoh tiket tambah nilai (topup) adalah seperti gambar di bawah.


Topup Online

ONEXOX juga ada menyediakan kemudahan topup secara online melalui online banking. Pembelian topup ONEXOX secara online boleh dibuat melalui akaun Selfcare.

Cara Topup Online (Selfcare)

  • Login akaun Selfcare
  • Pilih menu "Prepaid Top Up"
  • Masukkan nilai topup yang anda mahu dan pilih cara pembayaran - Online Banking







Topup Melalui Pengedar Sah ONEXOX

Pengguna prepaid ONEXOX juga boleh membeli topup melalui pengedar sah ONEXOX yang dilantik.

Ingin tahu lebih lanjut? Saya sedia membantu


Internet









Langganan data internet ONEXOX boleh dibuat melalui Easy Menu *150#.

Konfigurasi Internet

Tetapan berikut adalah cara-cara manual yang perlu dilakukan sekiranya telefon mudah alih anda tidak membuat tetapan secara automatik.

Setting APN

Setting → More → Mobile Networks → Access Point Names → Select your sim card → Press on the menu touch button → New APN

Masukkan:
Name : XOX
APN : xox

Save → Select → Reboot



APN : XOX
Internet Mode : http
Username: none
Password: none
Authentication type: none
Use Proxy: Yes
IP Address Proxy: none
Port No Proxy : 8080
Username Proxy : none
Password Proxy : none
MNC :19
MCC: 502



PERHATIAN: Untuk mendapatkan Setting APN bagi apa-apa model telefon, anda boleh terus menghubungi talian Customer Service 12273.

Ingin tahu lebih lanjut? Saya sedia membantu

ONEXOX Prepaid


Pelan Prabayar Jimat Dengan Kelajuan Data 4G+ yang Pantas!
Dapatkan pelan prabayar 2-DALAM-1 yang fleksibel untuk lebih penjimatan! Dengan keupayaan menukar antara Akaun Dedikasi dan Akaun utama, anda dapat menikmati kadar panggilan terendah yang pernah ada.


INTERNET BERKELAJUAN TINGGI 4G+
Kami mempunyai rangkaian perkhidmatan internet terpantas di seluruh Malaysia dan juga di kampung!
TEMPOH SAH TERPANJANG DI MALAYSIA
Secara automatik tempoh akaun prabayar anda sah digunakan sehingga 2 tahun lebih selepas top-up pertama.
BLOK PANGGILAN 30 SAAT, TANPA CAJ TERSEMBUNYI
Mengapa bayar lebih untuk panggilan pendek? Kami menawarkan blok panggilan 30 saat untuk penjimatan anda.
GANJARAN WANG TUNAI / KREDIT PERCUMA
Dapatkan ganjaran apabila anda memperkenalkan ONEXOX kepada kenalan dengan program "User-Get-User" kami.







Perkongsian Kuota Data, Minit Panggilan & SMS untuk Semua Nombor ONEXOX!

Ia adalah jenis prabayar baru yang boleh dikongsi. Pelan Season Pass ONEXOX memberi anda kebebasan dan pilihan untuk menentukan apa yang anda perlukan dan bila anda memerlukannya.

Untuk dapatkan Season Pass sangat Mudah! Beli simkad ONEXOX dan anda boleh dapatkannya!


Ingin tahu lebih lanjut? Saya sedia membantu



ONEXOX BLACK

Apakah itu ONEXOX BLACK?

ONEXOX BLACK bukanlah POSTPAID mahupun PREPAID! Bukan sebuah pelan mudah alih tipikal anda, malah membentuk sebuah kategori yang baharu sebagai pelan mudah alih di dalam industri telekomunikasi.

Bukankah lebih baik jika kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS yang masih belum digunakan tidak terhapus? Jangan lihat ke mana-mana lagi kerana dengan ONEXOX BLACK, semua yang di dalam akaun BLACK akan dibawa ke hadapan selamanya! #BURNPROOF

Ini juga bermaksud anda bebas melayari internet daripada mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang dipilih TANPA perlu membuat langkah tambahan seperti mengaktifkan data daripada akaun Season Pass.

Apakah perbezaan antara ONEXOX BLACK dengan Pelan Mudah Alih Konvensional yang lain?

  • TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS yang belum digunakan tidak akan terhapus dan akan dibawa ke hadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.
     
  • TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.
     
  • 24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada.

Bolehkah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?

Boleh!

Apakah cara bagi PELANGGAN BAHARU dan PELANGGAN SEDIA ADA untuk melanggan ONEXOX BLACK?

Terdapat 4 jenis pendaftaran BLACK iaitu :
  • MNP (Kekal Nombor Lama)
  • Starter Pack
  • Nombor Baru
  • Change Of Business Plan (COBP)

Anda boleh dapatkan ONEXOX BLACK daripada pengedar ONEXOX.



PENGGUNA BAHARU :

  • Pendaftaran menggunakan Pek Permulaan ONEXOX atau nombor baru dari 'Black Bucket'
  • Boleh kekalkan nombor sedia ada yang anda gunakan sekarang (MNP)
 Daftar ONEXOX Black (Pengguna Baru)

PENGGUNA SEDIA ADA (ONEXOX PREPAID) :

  • Menaiktaraf dari pelan ONEXOX Prepaid ke pelan ONEXOX BLACK dengan cara COBP.
 Daftar ONEXOX Black (Pengguna Sedia Ada)

Apakah Pelan ONEXOX BLACK yang boleh dipilih untuk melanggan? Adakah perlu buat sebarang pembayaran?

Untuk pendaftaran pelan ONEXOX BLACK, pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada dan pelanggan Black baharu perlu membuat bayaran pendahuluan (advance payment) mengikut pelan ONEXOX BLACK yang dipilih. Pelan didatangkan bersama Data, Minit Panggilan dan SMS berdasarkan pelan yang dilanggan.

Sila rujuk jadual:

PELANDATAMINIT PANGGILANSMSBAYARAN BULANANBAYARAN PENDAHULUANKONTRAK
B101GB20 MIN-RM10RM10TIADA
B396GB50 MIN50RM39RM39TIADA
B5912GB100 MIN100RM59RM59TIADA
B8918GB200 MIN200RM89RM89TIADA
B14930GB300 MIN300RM149RM149TIADA


Saya seorang pelanggan ONEXOX Prepaid dan mempunyai kredit RM100 dalam akaun prepaid saya. Adakah kredit saya akan 'burn' sebaik sahaja saya naik taraf ke pelan ONEXOX BLACK?

Apabila pelanggan ONEXOX Prepaid menaik taraf ke pelan ONEXOX BLACK, baki kredit prepaid mereka akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK dan akan ditunjukkan dalam penyata BLACK.

Apakah Manfaat mendaftar pelan ONEXOX BLACK ini?

  • Nikmati internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS ke semua rangkaian.
  • Data, Minit Panggilan dan SMS boleh dipindah milik.
  • Baki kuota Data, Minit Panggilan dan SMS yang tidak digunakan automatik dibawa ke hadapan (Carry Forward) setiap bulan.
  • Pakej yang pelbagai dengan komitmen bulanan yang sangat minima, serendah RM10 sahaja!
  • Boleh buat penukaran pakej yang dilanggan kepada pakej Black yang lain.
  • Pembayaran bil yang sangat mudah - Melalui tambah nilai (topup), online banking (selfcare), pembayaran melalui pengedar sah ONEXOX, atau secara auto debit (hubungi 12273 untuk proses pendaftaran dan pengesahan).

Apa yang berlaku kepada item-item di dalam kaunter Season Pass pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada setelah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?

Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:
  • Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • Loyalty Point͛
  • Kredit yang belum digunakan

Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:
  • Tempoh sah
  • SMS Percuma
  • Data yang telah diaktifkan

Berapa banyakkah data yang akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK setelah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada berjaya menukar pelan?

Maksimum 100GB.

Sebagai contoh, jika pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada mempunyai 200GB di dalam kaunter SEASON PASS dan mereka menaik taraf ke ONEXOX BLACK, mereka hanya akan mempunyai 100GB dalam akaun ONEXOX BLACK.

Data yang boleh dibawa dan dikumpulkan di bulan hadapan (carry forward) juga maksimum 100GB.

Bolehkah saya membayar lebih daripada pra-pembayaran 'diperlukan' apabila saya melanggan pelan ONEXOX BLACK?

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh membuat pra-pembayaran tambahan lebih daripada harga pelan ONEXOX BLACK yang ingin dilanggan. Ia akan dibawa ke hadapan dan ditunjukkan dalam penyata BLACK mereka yang seterusnya.

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK yang melanggan B39 dan membuat pra-pembayaran sebanyak RM49, RM10 tambahan akan ditunjukkan dalam penyata BLACK mereka yang seterusnya selagi mereka tidak menggunakan RM10 pada bulan semasa.

Jika saya melanggan pelan B59 dan membuat pra-pembayaran terus selama 12 bulan (RM708), adakah saya akan menerima Data, Minit Panggilan dan SMS pelan ONEXOX BLACK yang saya pilih dalam satu masa?

Kuota data, minit panggilan dan SMS akan diberikan secara bulanan untuk semua pelan ONEXOX BLACK apabila kitaran pembaharuan bulanan berlaku.

Contohnya, jika pelanggan ONEXOX BLACK melanggan B59 pada 1 Ogos 2018 dan membuat pra-pembayaran sebanyak RM708 (untuk 12 bulan), pelanggan tidak akan menerima kuota penuh (144GB, 1200 minit, 1200 SMS) secara sekaligus. Tetapi akan menerima kuota bulanan yang telah ditetapkan pada setiap 1 haribulan (mengikut tarikh mula melanggan).

Apakah yang berlaku sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK telah menggunakan kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS di dalam akaun ONEXOX BLACKnya?

  • Untuk Minit Panggilan, penggunaan dikira berdasarkan kadar pay per use di mana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat (7 sen untuk 30 saat pertama dan 8 sen untuk 30 saat kedua) dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.

    Dengan syarat yang sama, pelanggan ONEXOX BLACK juga boleh memilih untuk membeli promosi Happy Hour (333 minit @ RM30) atau pakej minit Season Pass (999 minit @ RM90) atau pakej kombo Season Pass (10GB + 333 minit @ RM80 dan 20GB + 333 minit @ RM130).
     
  • Untuk SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar pay per use di mana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
     
  • Untuk data, tiada kadar pay per use dikenakan. Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi Happy Hour atau mana-mana pakej Season Pass dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya dan jumlah GB di dalam akaunnya tidak melebihi 100GB setelah pembelian dibuat.

    Data yang dibeli akan tersimpan di dalam akaun ONEXOX BLACK dan pelanggan boleh terus menikmati internet tanpa perlu mengaktifkan langganan data terlebih dahulu.
     
  • Anda juga boleh beli Pakej Add-On Data. Kesemua data adalah #BURNPROOF.


    BLACK ADD-ONHARGAKOD LANGGANANSMS KE
    1GBRM10Add 1GB23388
    2GBRM18Add 2GB23388
    5GBRM40Add 5GB23388

Bolehkah pengguna ONEXOX BLACK membeli pakej Season Pass dan promosi Happy Hour?

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh membeli pakej Season Pass dan promo Happy Hour kami sekiranya mereka memerlukan data/minit tambahan, dengan syarat mereka mempunyai pra-pembayaran atau baki kredit yang mencukupi dalam akaun ONEXOX BLACK mereka.

Jumlah data dalam akaun ONEXOX BLACK pula tidak boleh melebihi 100GB selepas pembelian.

Adakah saya perlu mengaktifkan data secara manual sebaik sahaja saya membeli sebarang pakej Season Pass, promo Happy Hour, atau Add On?

Tak perlu! Sebaik sahaja anda membeli mana-mana pakej Pass Season, promo Happy Hour atau Add On, data akan disimpan dalam akaun ONEXOX BLACK dan aktif secara automatik. Jadi, tidak perlu mengaktifkan data secara manual dari kaunter Season Pass.

Adakah terdapat Penyata Bulanan dalam bentuk Salinan Digital atau bercetak kepada pelanggan ONEXOX BLACK?

  • Penyata bulanan salinan digital akan dihantar ke email yang telah didaftarkan tanpa sebarang bayaran.
  • Penyata bulanan bercetak juga boleh diminta dengan kadar RM5 setiap bulan. Sila pastikan alamat surat menyurat yang diberikan adalah tepat.

Bilakah pelanggan ONEXOX BLACK akan menerima penyata BLACK sekiranya mendaftar pada 26 Januari 2018?

Pelanggan akan menerima e-Penyata atau penyata bercetak (jika diminta) pada 26 Februari 2018.

 Pendaftaran pada 29, 30 & 31 haribulan akan menerima penyata pada 1 haribulan bulan seterusnya. Contoh: Daftar pada 29 Mac 2018, penyata akan diterima pada 1 Mei 2018.

Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan dengan mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain?

Ya. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan ONEXOX di talian 12273. Pelanggan mesti juga memastikan akaunnya tidak mempunyai apa-apa amaun yang tertunggak.

Bagaimana caranya untuk pelanggan ONEXOX BLACK membuat pembayaran?

  • Pembayaran Online melalui Portal Self Care XOX
  • Pembayaran melalui mana-mana Pengedar Sah ONEXOX
  • Pembayaran debit terus (auto debit) :
    Hubungi 12273 atau kunjungi mana-mana pusat perkhidmatan ONEXOX :
     Pendaftaran memerlukan dokumen seperti Salinan Kad Pengenalan / Passport
     Borang Kebenaran (terdapat di pusat perkhidmatan ONEXOX)
  • Pembelian baucar tambah nilai di :

Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menggunakan Data, Minit Panggilan dan SMS daripada kaunter ONEXOX BLACK sewaktu akaunnya digantung atau disekat?

Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang Data, Minit Panggilan dan SMS sewaktu akaunnya digantung atau disekat.
  • Digantung: Hanya boleh menerima panggilan dan SMS
  • Disekat: Tiada sebarang aktiviti dibolehkan.

Menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid pada bila-bila masa.

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid dengan nombor yang sama
  • Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit, SMS dan ͚loyalty point͛) yang terdapat di dalam akaun ONEXOX BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun ONEXOX Prepaid.
  • Pelanggan mesti memastikan tiada sebarang amaun yang tertunggak sebelum memohon penukaran semula ke pelan ONEXOX Prepaid.